Hari ini di Dataran Merdeka sempena menyambut hari ATM ke 80, tentera darat khususnya mula mempamerkan seragam baru TD dengan mengaplikasikan corak pixel camo terbarunya, manakal beberapa aset mobiliti TD juga dapat dilihat mengadaptasikan corak camo pixel terbaru. Secara kasarnya jika dibandingkan dengan corak loreng yang lama, corak pixel camo terbaru seragam TD ini dilihat, lebih praktikal dalam menyerap pada alam sekitar, terutamanya jika berada di hutan, padang berumput mahupun kepada persekitaran kelapa sawit. Jika dilihat dari dekat, kebanyakan yang memandang pasti tidak menggemarinya, kebanyakan akan mengatakan corak lama lebih cantik, namun apa yang penulis amati secara kasar jika kita melihat dari jarak yang agak jauh, corak baru ini sememangnya lebih praktikal, malah jika sekelompok mereka dengan beruniform ini, berada ditengah padang berumput, ianya mampu mengaburi pandangan musuh. Namun apa yang diharapkan warna pada baju tersebut lebih tahan lama dan tak mudah
lusuh.

HUT ATM 2013
HUT ATM 2013 - Adnan apc mengaplikasikan corak pixel camo terbaru


PT91M-CORAK DIGITAL CAMO
HUT ATM 2013 - PT91M MBT mengaplikasikan corak pixel camo terbaru


tentera darat malaysia
HUT ATM 2013 - pakaian seragam terbaru tentera darat mengaplikasikan corak pixel camo


0 Comments