'MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTIK MELALUI  MEDIA ALTERNATIF'

Blog ini bertujuan untuk memberikan maklumat serta informasi khususnya berkaitan dengan perkembangan teknologi dan perolehan terkini terutamanya berkaitan Angkatan Tentera Malaysia.

Blog ini merupakan blog khusus berkaitan dengan militari, sebelum ini penulis ada menulis artikel berkaitan militari, namun blog tersebut penulis rasakan tidak lagi sesuai untuk penulis ketengahkan berita berkaitan dengan perkembangan teknologi militari kerana ianya bercampur aduk dengan pelbagai segmen berita yang lain.

Kini blog khusus untuk penulis tumpukan khas bagi info militari ini penulis wujudkan sementara penulis beralih kepada domain sebenar.

Konsep blog ini seratus peratus berkaitan dengan berita militari semasa negara dan juga negara ASEAN serta beberapa artikel komentar penulis berkaitan dengan perkembangan semasa pertahanan negara dan juga industri pertahanan negara yang kini semakin berkembang pesat.

Artikel juga akan merangkumi perkembangan teknologi baru senjata di dunia.


Konsep penyampaian info berita militari secara mudah difahami oleh golongan orang biasa, bagi memudahkan mereka memahami. Penulis juga lebih menumpukan kepada aspek berita semasa militari yang bukannya berbau politik dan yang pastinya blog ini bukan blog politik.

Sememangnya agak sukar untuk mengarang artikel militari terutamanya yang melibatkan aspek persenjataan kerana banyak istilah militari serta kandungannya, sudah pasti sukar difahami oleh orang awam, namun penulis bersedia untuk mengolah bahasanya agar ianya lebih mudah difahami.

Kandungan artikel yang disiarkan menjurus kepada perbincangan secara positif tentang perkembangan  teknologi dan perolehan kelengkapan oleh ATM khususnya.

Tahun 2012 merupakan tahun kenangan manis buat penulis, kerana telah mendapat peluang membuat liputan sebagai media alternatif  di pameran DSA2012, kesempatan ini dipergunakan sepenuhnya untuk penulis bagi mengambil shot gambar produk pertahanan, bagi memudahkan penulis apabila menulis sesuatu artikel, dengan adanya koleksi gambar sendiri, ianya akan lebih memudahan penulis dalam menyiarkan imej pada sesuatu artikel, memliki koleksi photo sendiri adalah lebih baik disamping menyerlahkan lagi kekuatan blog penulis, terima kasih kepada Kementerian Pertahanan Malaysia, semoga kelompok militari media alternatif seperti kami sentiasa diberi peluang dan kepercayaan untuk membuat liputan dari masa ke semasa.

Semoga kehadiran media alternatif seperti ini, dapat membantu mereka yang ingin mengetahui perkembangan tentang teknologi pertahanan dan menambahkan lagi pengetahuan mereka secara positif. Semoga Malaysia terus aman dan maju dalam industri pembuatan kelengkapan pertahanannya sendiri.

- Malaysiadefender
- maldefender@ymail.com