Pendapat akulah bila melihat gelagat anak-anak muda Malaysia bila menyebut 1 Malaysia, bukan main gembira dan amat teruja sekali.

Pantang sebut saja...terus respon 1Malaysia...Malaysia boleh

Kalau respon tu datang dari rasa kesedaran apa itu kemerdekaan dalam konteks Malaysia yang merdeka..dan ikhlas barulah dinamakan semangat patriotik 'tulen'.

Apa apapun rakyat Malaysia terutamanya golongan muda, yang lahirpun dah dalam segala macam kemudahan serba moden tersedia ni...perlu ingat

bagi aku....1Malaysia itu perlu ada acuannya...dan acuannya bukanlah dari luar ye

Acuannya dari dalam negara kita yang telah disediakan sebelum kemerdekaan lagi...iaitu:

RUKUN NEGARA'

Kepercayaan kepada tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Selagi yang dinamakan rakyat Malaysia itu hendaklah sentiasa patuh pada rukun negara, barulah kita aman sampai bila bila.

Barulah patriotik kita itu tulen...bukannya patriotik ada udang disebalik batu.

0 Comments