SINGAPURA TERIMA PESAWAT M-346
RSAF M-346 - Singapura mula menerima pesawat latihan lanjutan terbaru - photo youtube
Venegono Superiore (Varese), Itali 7 Ogos 2012 - Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), menerima pesawat lantihan lanjutan terbaru M-346, majlis telah diadakan di kilang Alenia Aermacchi di Venegono Superiore, Itali.
Pada bulan September 2010, ST Aerospace, sebagai kontraktor utama, bekerjasama dengan Alenia Aermacchi (syarikat Finmeccanica) dan Boeing Company, telah diberikan kontrak untuk membekalkan sebanyak 12 buah pesawat M-346 pesawat dan sistem latihan untuk program (AJT), RSAF.
Majlis pelancaran telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari RSAF, wakil utama dari
ST Aerospace, Syarikat Boeing dan Alenia Aermacchi, serta wakil kakitangan yang terlibat dalam program ini. Penghantaran pertama M-346 dijadualkan pada akhir tahun 2012. - sumber rujukan - Alenia
Pembangunan pesawat Yak-UTS bermula pada tahun 1991 dan reka bentuk telah siap dibina pada September 1993. Pada tahun yang sama, Yakovlev telah mengadakan satu perjanjian dengan syarikat Itali Aermacchi untuk bekerjasama dalam pembangunan pesawat ini, yang kini menjadi Yak/AEM-130. Yak-130 versi yang akan ditawarkan untuk Rusia dan versi M-346 untuk pasaran Itali. TUDM juga bakal menggantikan pesawat HAWK, namun bukan dalam masa terdekat, adakah TUDM bakal memilih M-346 ataupun Yak-130.
Yak 130 - adakah pesawat ini bakal menggantikan HAWK TUDM - photo Airliners
Penulis juga secara peribadi amat tertarik dengan pesawat Yak 130 dari segi kemampuannya untuk membawa pelbagai jenis senjata dan juga 'blocking air-intake panel door' yang pastinya amat penting dari segi keselamatan pesawat yang membolehkannya tersenyum ketika mendarat ataupun berlepas pada landasan yang tak berturap, ianya sebuah pesawat dwi-fungsi samada untuk latihan dan juga mencakupi aspek untuk menjalankan operasi sebenar. Sekiranya sedikit pembaharuan dengan ditambah keupayaan sistem sensor dan radarnya pasti pesawat ini menjadi lebih efektif dari lain-lain pesawat yang sekelas dalam kategorinya.
Yak-130 juga dibina untuk mampu melaksanakan gerakan penerbangan khusus seperti pesawat pertempuran moden masa kini, seperti Su-30, MiG-29, Mirage, F-15, F-16, Eurofighter, F-22 dan F-35. Sesuai dengan kategorinya sebagai pesawat latihan generasi terkini.
Yak-130 merupakan jet pelatih yang canggih, sesuai untuk latihan juruterbang peralihan untuk menerbangkan pesawat pejuang canggih generasi keempat dan kelima.
0 Comments