Scorpion TNI AD ditempatkan di Kalimantan
Tank Scorpion TNI AD - lebih sesuai di Kalimantan berbanding Leopard yang berat
Tank Sorpion TNI AD akan ditempatkan di Kalimantan Barat dan Utara, menurut sumber yang dipetik dari antaranews, Pangdam VI/Mulawarman Mej Jen TNI Dicky Wainal Usman (Panglima Kodam) menjelaskan
penempatan tersebut di sepanjang perbatasan 1600km persegi persempadanan wilayah kalimantan utara dan barat dengan malaysia, dengan berkekuatan 2 kompeni, walaupun terdahulu dari itu TNI AD pernah mengatakan akan menempatkan mbt Leopard di sempadan ini, namun berita terkini scorpion bakal ditempatkan di daerah ini, dengan berat 8.07 tan kenderaan ini lebih taktikal dan mampu dibawa oleh pesawat Hercules ke kawasan pertempuran. Sepertimana yang telah dilakukan oleh TNI AD sewaktu menangani isu GAM di Aceh suatu ketika dahulu
Sebagaimana rancangan awalnya Leopard dirancang untuk ditempatkan di Bulungan,Kalimantan Barat dan Utara dengan kekuatan 1 batalion(44buah mbt disetiap daerah). Penempatan tank Scorpion berjumlah 50 buah ini bakal dilaksanakan menjelang Jun 2013.
Berdasarkan pada keadaan bentuk muka bumi, tank scorpion yang lebih ringan mampu menguasai
keadaan semulajadi dikawasan tersebut, dan dapat bergerak pantas, manakala Leopard dengan berat 60tan ke atas pastinya akan mendatangkan masalah dari segi kebolehupayaan mobiliti, yang boleh menjejaskan pergerakannya walaupun mempunyai kekebalan armor yang ampuh.
Keadaan permukaan bumi yang lembab dan keadaan tanah merah pastinya bakal menjadi perangkap maut semulajadi yang boleh membahayakan mbt itu sendiri.
M1A1 mbt berat 60tan ke atas - Situasi sebegini sudah pastinya tidak ingin dialami oleh krew mbt dikawasan pertempuran
Kereta kebal Leopard secara umumnya akan ditempatkan di pulau Jawa, dimana infastruktur perbandaran yang lebih baik dan sesuai dengan beratnya, namun masih terdapat beberapa infastruktur jalanan yang masih boleh menghadkan pergerakan mbt tersebut, seperti jambatan yang mungkin tidak mencapai tahap tampungan berat bagi membolehkan mbt tersebut melaluinya.
Secara amnya tank Scorpion ini telah diperolehi pada tahun 90an, TNI AD dikatakan mempunyai 100 unit kombinasi pelbagai versi tank Sorpion dalam iventori mereka. Sepertimana Indonesia, ATM juga memiliki tank Scorpion dari jenis yang sama dengan persenjataan utamanya menggunakan meriam Cockerill 90mm buatan firma CMI Belgium.
Spesifikasi asas standard Tank Scorpion :
Kru 3 orang
Panjang 4.9 meter
Lebar 2.24 meter
Tinggi 2.1 meter
Berat 8.07 ton
Suspensi torsion-bar
kelajuan 80 kilometer/jam
Persenjataan :
Senjata utama Meriam 76 mm L23A1
Senjata Coaxial 7.62 mm L37A1
Amor 12.7
enjin diesel Cummins BTA 5.9 190 hp (142 kW)
keupayaan Jelajah 644 km
TNI AD juga akan menempatkan MLRS Astros II di Berau yang dapat merangkumi perlindungan pertahanan bagi daerah Kutai Barat dan juga Nunukan di Timur.
Pangdam - (Panglima Kodam)
Kodam - (Komando Daerah Militer)
0 Comments