PASKAL TLDM LANUN SOMALIA
Sedia Berkorban Paskal TLDM.

swift action by the commandos on board RMN Ship Bunga Mas5 saved the day - The Star 
 Petikan dari akhbar Star bertarikh 22 Jan 2011

Walaupun agak terlambat entry berkaitan kejayaan pasukan PASKAL TLDM menawan lanun-lanun Somalia yang menawan kapal dagang Malaysia di teluk Aden, namun entry ini perlu penulis masukkan sebagai tanda ucap tahniah kepada PASKAL dan sebagai salah satu sejarah yang perlu diaabadikan dilaman blog apaajanews ini...beginilah serba ringkas cerita serbuan yang dilakukan oleh paskal ketika operasi menyelamat dijalankan  dipetik dari akhbar 'STAR', sayangnya akhbar berbahasa melayu....memasukkan berita ala kadar sahaja,  Rujukan dari akhbar Star seperti berikut

Masa Kejadian : 11.40 malam, 20 Jan 2011.
Serangan lanun bermula setelah...kapal MT  Bunga Laurer berpisah dari kapal pengiring BM5, kapal tersebut yang membawa muatan minyak pelincir bakal menghantar muatannya ke Singapura, di jarak 14 batu nautika dari kapal BM5, sekumpulan lanun mula merampas kapal tersebut, sekumpulan 7 orang lanun Somalia berjaya menawan kapal tersebut, kapt kapal bagaimanapun telah berjaya menghidupkan 'alarm keselamatan' dan kemudiannya  bersama-sama anak kapal menyembunyikan diri didalam bilik keselamatan yang terletak bersebelah enjin kapal, dimana didalamnya telah sedia bekalan yang dijangkkaan dapat bertahan selama 4 hari.

 
Setelah Bunga Mas5 mendapat panggilan kecemasan , unit PASKAL diketuai oleh Komander Nazri Sharif, telah menggerakkan 2 kumpulan yang diketuai oleh Lt.-Komander Maznan Said dan Lt Noor Asri Roslan bergerak dengan 2 buah boat riggid ke lokasi dimana kedudukan Bunga Mas5 ketika itu sejauh 14.5 batu nautika dari kapal MT Bunga Laurer yang ditawan.  Helikopter Fennec (Pilot- Lt Jason Solomon) juga terlibat dalam memberikan bantuan tembakan dan perlindungan bagi memudahkan anggota PASKAL untuk naik ke kapal MT Bunga Laurer. 

Tembak-menembak berlaku diantara pasukan sniper PASKAL dari helikopter Fennec dan lanun somali apabila kapal induk yang membawa baki lanun mula menghampiri MT Bungan Laurer., tembak- menembak bertambah hebat, apabila kapal BM5 tiba ke lokasi  Akhirnya lanun melalui hubungan radio menyerah kalah. Kesemua tebusan dapat diselamatkan tanpa sebarang kecederaan, manakala kesemua lanun yang menaiki kapal ditahan bersama-sama baki lanun yang berada di atas kapal induk mereka.  3 orang lanun yang cedera diberikan bantuan kecemasa diatas kapal BM5. Kesemua jumlah lanun yang terlibat seramai 18 orang, 7 orang diatas kapal MT Bunga Laurer manakala bakinya berada diatas kapal induk mereka.

TAHNIAH PASKAL, diatas kejayaan misi anda

sumber artikel/akhbar : Berita Harian, the Star

RMN auxiallary ship Bunga Mas5 /BM5

Tag :  Malaysia navy foils ship hijack attempt, seizes pirates | bbc | Royal Malaysian Navy | foxnews | apaajanews

0 Comments