Gowind 200
Gowind200, Photo credit to : DCNS


" Sumber pertahanan memberitahu Utusan Malaysia, model baru itu mempunyai reka bentuk halimunan termoden yang setanding dengan keupayaan halimunan kapal friget kelas Delta milik Singapura yang diiktiraf selaku kapal perang tercanggih di rantau ini selain, memiliki kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap."



GOWIND LPV CLASS
Gowind - LPV Class
Umum telah ketahui melalui projek NGPV yang lalu, negara telahpun berjaya membina sendiri kapal perang, kategori corvettes berdasarkan design Meko100, kini projek kedua yang dipanggil SGPV bakal disambung dengan pembinaan sebanyak 6 buah lagi dan telah dinyatakan projek ini akan menghasilkan kapal yang lebih besar dari NGPV yang terdahulu.
Walaupun tidak dinyatakan dengan rasmi jenis model kapal perang canggih yang bakal dibina, jika diamati dari ungkapan diatas dan beberapa gambar contoh Kapal LCS yang dipaparkan dalam majalah perajurit edisi Januari 2011, terdapat sebuah kapal yang bercirikan stealth di dalam artikel tersebut dan antara faktor lain juga pada pameran IMDEX 2009, juga dapat dilihat  syarikat DCNS ada menawarkan kapal stealth generasi baru kepada negara-negara asia yang berminat, lihat contoh gambar di atas:

antara konsep Gowind class OPV L'Adroit


GOWIND CLASS 200
Gowind class 200

Kapal Kelas Gowind buatan DCNS iaitu syarikat perkapalan sama yang membina kapal selam pertama negara. Selain dibina dengan aplikasi teknologi halimunan, Kapal Gowind yang sepanjang 105 meter juga mampu membawa 16 peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana (50 kilometer) sama ada Aster 15 atau Mica RF; lapan peluru berpandu antikapal (Exocet, Harpoon atau RBS-15 MK.3) serta torpedo.

video- Gowind Classs

Ianya adalah kategori kapal 'stealth' design jika dibandingkan dengan kapal-kapal projek DELTA Singapura yang mengambil kriteria rekabentuk kapal 'La Fayette' didalam membina kapal perang, iaitu dari Kelas Formidable' yang dimilik sebanyak 6 buah kesemuanya.

Kapal -kapal ini mempunyai kadar deteksi radar yang sangat rendah(RCS) , berdasarkan rekabentuknya yang mampu membalikkan signal deteksi radar ke arah yang lain dan bukannya ke arah kapal. Berpemukaan rata dan penggunaan cat yang berupaya untuk menyerap signal-signal penjejakan radar, menjadikan ianya bersifat stealth.

Kapal kategori LCS ( littoral combat ship), ini bakal membolehkan ianya beroperasi di perairan cetek dan juga dilaut dalam dalam tempoh jangka masa yang panjang , tanpa perlu diservis dan berkelajuan tinggi, antara 27 - 28 knot.


Formidable class - RSS Steadfast

Langkah memproduksikan kapal-kapal  berteknologi tinggi ini adalah langkah yang sangat tepat memandangkan teknologi dunia yang semakin maju dan memberi manfaat kepada industri perkapalan tempatan dalam menguasai kepakaran dalam pembuatan kapal- kapal perang moden dan canggih, sesuai dengan peredaran masa.

nota penulis: lega bila mendengar bahawa kapal ini nanti tidak berkonsepkan ' fitted but not with'.Harapan penulis, at least ASTER 30, digunakan sebagai persenjataan SAM, atau lain-lain tetapi mempunyai jangkauan yang sama dengannya.

kapal stealth Formidable class - Singapura

sumber rujukan:
"TLDM bakal guna kapal tempur lebih canggih
LABIS 23 Jan. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak akan menggunakan kapal Meko A-100 yang menjadi asas kepada Kapal Ronda Generasi Baru (NGPV) untuk membangunkan skuadron Kapal Tempur Pesisir (LCS) sebaliknya, ia menggunakan model baru yang lebih canggih. Sumber pertahanan memberitahu Utusan Malaysia, model baru itu mempunyai reka bentuk halimunan termoden yang setanding dengan keupayaan halimunan kapal friget kelas Delta milik Singapura yang diiktiraf selaku kapal perang tercanggih di rantau ini selain, memiliki kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap. Jelasnya, pembinaan LCS daripada model baru tersebut juga akan membolehkan negara menguasai pembuatan kapal perang termoden sekali gus, memenuhi tuntutan pertahanan abad ke-21 yang menekankan kepada ciri-ciri halimunan kerana kerajaan bukan sahaja membeli kapal tersebut tetapi teknologinya sekali." petikan dari Utusan Malaysia 

TERKINI/UPDATES:

image - kredit DCNS

17 oct 11
The French group hopes to export its ships in the family "Gowind" for maritime surveillance.
The French naval construction company DCNS is preferred to provide corvettes to Malaysia as part of a call for tenders for 24 copies, said Tuesday the financial daily Les Echos. "We received a letter of intent about a month ago, and since we are in advanced talks," he told the newspaper near the public group.

The Malaysian authorities, which require local assembly and transfer of technology, did not retain the other hand the German TKMS and Dutch Damen also candidates for this tender, specify Les Echos. The case could be completed by the end of the year, they added.

The building belongs to the family DCNS "Gowind" for missions "surveillance zone, the fight against piracy and terrorism, enforcement, fight against drug trafficking, environmental protection, humanitarian , search and rescue, maritime security, "said the DCNS on its website. These include corvettes able to deploy a helicopter or a drone.


NOTA: kemungkinan  dcns dan damen bakal bersaing sengit dengan produk kapal masing-masing, tak sabar menantikan lima11, 

LIMA 2011 UPDATE: GOWIND BAKAL TERPILIH:
- TLDM bakal menerima 6 buah kapal versi gowind, perjanjian bakal dimuktamadkan menjelang Januari 2012
kapal dengan beratnya 2,400 tan, panjang 100 meter (330 kaki) berkemampuan untuk menerima pendaratan helikopter EC275 Cougar.Teknologi Halimunan kini dalam TLDM.

Jenis persenjataan masih belum diputuskan.

lePoint

5 Comments

  1. Sekadar perkongsian,apakah kelas MEKO 100 tidak boleh dimajukan terus untuk menggantikan patrol vessel yang lama kerana kita dah ada kepakaran dan tidak salah juga tuk kita mencuba membina Gowind class namun tuk kegunaan yang berbeza......

    ReplyDelete
  2. Sekadar perkongsian,apakah kelas MEKO 100 tidak boleh dimajukan terus untuk menggantikan patrol vessel yang lama kerana kita dah ada kepakaran dan tidak salah juga tuk kita mencuba membina Gowind class namun tuk kegunaan yang berbeza......

    ReplyDelete
  3. Mengikut pandagan saya..
    MEKO 100 Class berkonsepkan 'Fitted for,but not with'.. jadi sememangnye tiada masalah untuk dimajukan (upgrade) persenjataan atau teknologinya. Akan tetapi, pendapat saya TLDM tidak bercadang utk melaksanakannya, mungkin kerana kekangan kos.. Jika menambahkan teknologi/senjata, ianya tidak menyelesaikan masalah kekurangan aset utk rondaan/latihan/operasi khas yg mana ianya masalah utama dlm TLDM. Penambahan aset ni 'mungkin'dpt membantu pihak2 yg berkenaan utk mengatur gerakkan aset bersesuaian dengan keadaan. Sememangnya kita mempunyai pakar dlm 'mencipta/reka' kapal perang, namun, kita masih terkebelakang dlm hal pengeluaran (pembinaan). Reverse technology tidak dpt dilaksanakan dengan maksimum kerana syarikat industri pertahanan kita agak slow....

    Itu shj pendapat sy...
    Salam..

    ReplyDelete
  4. Pada pandangan sy TLDM harus melihat kpd pembelian dgn kadar segera sekira mahu mengoperasikan armada mereka dgn lebih efisyen.Mungkin kita tidak perlu malu utk memiliki kapal perang terpakai yg masih baik utk operasi 10-15 thn lagi dgn harga yg lebih kompetitif.Lihat shj Chile yg mengoperasikan friget type 23 nya yg ditransfer dari Royal navy mempunyai peperangan 3 dimensi yg efektif tetapi dgn kos yg begitu kompetitif tanpa menunggu lama.Begitu juga jiran terdekat kita TNI-AL nya yg mungkin akan menyapu bersih OPV Kelas Nakhoda Ragam sedikit masa lagi.

    Pembelian kelas Gowind memang sangat dialukan oleh kita semua kerana teknologi yg dimiliki oleh kapal tersebut tetapi perlu kita ingat tempoh waktu yg terlalu panjang utk menantikan ianya beroperasi dgn armada TLDM dan byk perkara boleh berlaku dimasa yg lama tersebut.

    Banyak kejadian pertembungan kuasa2 laut yg ingin menuntut hak mereka seringkali berlaku di kawasan spt Spratly dan mungkin Ambalat tidak begitu menyenangkan kita.

    Maka dgn ini jalan yg paling efektif ialah pembelian kapal perang terpakai sp asset dari ex Royal Navy perlu duberi perhatian yg mana tempoh mendapatkannya sekira dibeli adalah lebih pendek ditambah lagi pengalaman kita mengendalikan friget buatan British telah terbukti keberkesanannya.

    Mahu tidak mahu kita harus mencari satu platform baru samada memberi persenjataan baru pada 6 unit NGPV kita atau mendapatkan unit terpakai yg saya terangkan sebentar tadi.Ini lah merupakan insuran atau kunci keselamatan pada negara kita agar tidak diperkotak katikan oleh negara yg berhasrat tidak baik pada kita.Harus diingatkan Vietnam pada masa kini telah mengorak langkah yg begitu serius utk menjadikan ia satu armada laut terkuat dirantau sini dgn aset spt Kilo class submarines 6 unit serta berjinak2 pula pada kelas Amur.Friget buatan Rusia kelas Gepardnya agak baik persenjataannya dan sedang mengintai kelas Sigma pula,ditambah berbisa lagi kelas korvet Molinya nya yg memepunyai persenjataan yg begitu meyakinkan.Jadi apalagi ayuh kita mengorak langkah...

    ReplyDelete
  5. TLDM kena segera kan pembelian NGPV memandang kan kebanyakan kapal nya telah di serap kan ke perkhidmatan APMM. Justeru telah berlaku pengecilan dari segi saiz bilangan aset kapal perang. Bila lagi kita nak menjadikan TLDM sebagai angkatan laut biru @ Blue Water??Tercetus nya kes Lahad Datu yang menggempar kan negara juga telah menarik perhatian dunia, amat bertepatan kerajaan menyegerakan projek NGPV dengan kapal yang lebih canggih seperti Gowind Class...

    ReplyDelete