SINGAPORE_LEOPARD_2A4MBT
LEOPARD 2A4 MBT - kereta kebal yang diperolehi Singapura, sebelum ianya dinaiktaraf - photo network54

Indonesia juga kini sedang berusaha untuk memodenisasikan  kelengkapan Angkatan bersenjatanya, dimana banyak kelengkapan lamanya perlu diganti dengan yang baru, bagi meningkatkan keupayaan pasukan kalvarinya yang sejak dari dahulu belum pernah diwujudkan ketumbukan pasukan kereta kebal kategori medium, dimana TNI AD diperkatakan sejak dari dahulu amat berminat dengan kereta kebal medium jenis Leopard, AMX13 juga telah terlalu lama era 50an dan dalam kategori 'RINGAN', namun kebanyakannya telah dinaiktaraf ba mempertngkatkan keupayaan mobilitinya.

Belanda yang mengumumkan untuk memperkecilkan unit kalvari mereka dimana sejumlah LEOPARD mbt akan ditamatkan perkhidmatannya,Indonesia cuba memperolehinya namun gagal memperolehinya berikutan desakan di parlimen Belanda yang membantah, kemelut yang tidak nampak jalan penyelesaiannya menyebabkan Indonesia beralih kepada Jerman, dan memutuskan untuk memperolehi sebanyak 100 buah mbt Leopard dari Jerman,
yang dijangka bakal diperolehi menjelang Oktober 2012 sebanyak 30buah bakal tiba di Indonesia.

Penolakan oleh parlimen Belanda itu juga, membawa kepada tawaran dari Ukraine yang menawarkan kereta kebal T64BM, yang dikatakan lebih  murah atau menyamai harga mbt leopard SECOND HAND YANG  DITAWARKAN. Anggaran yang disiapkan untuk membeli 100 Leopard diangarkan sebanyak US$280 Juta.

boustead-gowind
T84 OPLOT - Thailand bakal memperolehinya - photo armyrecognition

Namun terkini pembelian tersebut mendapat bantahan pula dari dalam  negara, iaitu oleh IMPARSIAL (Indonesian Human Rights Monitor) The Indonesian Human Rights Monitor (Imparsial) meminta agar
pembelian 100 main battle tank (MBT) Leopard dari Jerman dibatalkan dan anggarannya dialihkan untuk meningkatkan kesejahteraan prajurit.

Kritik keras Imparsial terhadap rencana pembelian Leopard berbuntut  panjang. Direktur Program Imparsial Al A'raf, yang selama ini menjadi dosen di Universitas Pertahanan, dilarang mengajar. Menurut Al A'raf,  Larangan itu diduga berkaitan dengan pemuatan tulisan di rubrik Opini  salah satu media cetak nasional. Ia menuding, rencana pembelian Leopard adalah kesalahan penempatan prioritas anggaran pertahanan - sumber IMPARSIAL

boustead-gowind
T64BM - Ukraine juga diperkatakan ada menawarkan mbt ini kepada Indonesia - photo wikipedia

Kemelut persoalan samada tank tersebut sesuai digunakan dengan keadaan bentuk geografi, Indonesia berserta rangkaian jalan raya yang kebanyakannya masih belum sempurna juga menjadikan ianya persoalan, apatahlagi ada yang mempertikaikannya, bahawa ianya sepatutnya diuji kesesuaian penggunaannya di indonesia sebelum keputusan memilihnya dibuat dan persoalan yang mengatakan MBT bukanlah suatu keperluan mendesak bagi pertahanan Indonesia juga bakal merencatkan masa perolehannya diwaktu terdekat.

Kebanyakan negara ASEAN mula menubuhkan unit kalvari mbt dalam  pasukan darat mereka,

Malaysia   - 48 PT91M dari Poland - tahun 2003
Thailand   - 49 OPLOT mbt dari Ukraine - djangka menerima pada 2012 - 2014
Singapura - 66 LEOPARD 2A4 mbt dari Jerman - tahun 2006
Indonesia  - 100 buah MBT?

Terkini Indonesia sedang menuju ke arah tersebut, namun sekiranya  perolehan dari jerman juga gagal, kita mungkin akan melihat Indonesia  akan beralih kepada produk Rusia seperti T90 ataupun K1A1 dari Korea
Selatan dengan jumlah yang lebih kecil. atau mungkin sekiranya perolehan jumlah yang lebih kecil bagi memperolehi kereta kebal LEOPARD Jerman, bakal memberikan suatu ruang alternatif bagi permulaan ke arah merealisasikan kehadiran Leopard di Indonesia. 
.

0 Comments