PETALING JAYA (Sept 23, 2012): The Royal Malaysian Air Force (RMAF) is considering an offer from Sweden to lease up to 18 JAS39 Gripen fighter jets for its Multi-Role Combat Aircraft (MRCA) programme.
RMAF chief Tan Sri Rodzali Daud told theSun leasing the Gripens is a cheaper solution considering the huge capital expenditure needed for the procurement of new fighters.
"The Gripens had been leased to European air forces, so there is nothing new about such a deal.
"The aircraft also meets all of our MRCA requirements although I admit it is short on gas and range due to its small size," he said when asked to comment on claims by defence industry sources that Sweden has offered a lease-buy option for the Gripens.
Sources told theSun that offer was made after Gripen and the Sukhoi Su-30MKM were eliminated from the MRCA programme following technical evaluation by RMAF test pilots.
They said the three top contenders, namely Boeing F/A-18 Super Hornet, Dassault Rafale and Eurofighter Typhoon, would compete for the final stage of the programme, where their transfer of technology packages and off-set offers would be evaluated before the winner is selected.
Rodzali denied that Gripen and Sukhoi were no longer considered for the MRCA programme as "we are still evaluating all of the aircraft". theSundaily

Begitulah antara petikan dari akhbar thesundaily, berkaitan dengan perkembangan program MRCA TUDM, bukan mengujakan malah agak mengejutkan, apabila kali pertama penulis membaca artikel tersebut, namun ianya masih ditahap 'PERTIMBANGAN', belum muktamad.

Sememangnya telah terdengar bahawa tiada pertambahan peruntukan untuk pertahanan pada belanjawan 2013, dan pertimbangan sedemikian boleh berlaku, namun masih seperti bermimpi dan tidak menyangka bahawa GRIPEN boleh  menjadi pilihan,  malah dalam bentuk pakej sewaan. Berikut adalah pandangan penulis berdasarkan senario 'tiada penambahan' dalam belanjawan 2013 untuk pertahanan.

Penulis termenung panjang memikirkan mengapa menyewa?, namun kita harus bersangka positif, ada juga negara eropah yang mendapat tawaran sedemikian dari SWEDEN, seperti Hungary dan Czech namun konsep jenis sewaan, masih belum jelas diperincikan, namun sekiranya dimuktamadkan. Jadi penulis andaikan perolehan pesawat baru ini berdasarkan senario belanjawan terhad untuk pertahanan.

Apa yang boleh penulis katakan ialah pemilihan GRIPEN adalah sebagai 'gap filler' sementara menanti peruntukan belanjawan  yang lebih mengizinkan di masa hadapan, terdapat 2 andaian dalam pilihan sebegini yang berlegar dalam fikiran penulis iaitu:

  • GRIPEN NG merupakan pilihan muktamad, dimana buat permulaan menyewa Gripen C/D sementara menantikan pengeluaran rasmi Gripen E/F ATAU SUPER GRIPEN. memandangkan Gripen NG sedang berada ditahap peringkat kemuncak pengujiannya, dengan terpasangnya radar SELEX Galileo Raven ES-05 AESA.
  • menyewa Gripen sebelum beralih kembali kepada TYPHOON? atau lain-lain jenis pesawat apabila kewangan kembali mengizinkan.
Diantara 2 andaian diatas sekiranya opsi pertama dipilih, maka sebaiknya TUDM perlu meneruskan memuktamadkan pemilihan Gripen NG sebagai titk noktah, memandangkan SEWAAN sudah pastinya akan melibatkan latihan terhadap juruterbang untuk pengendalikan pesawat ini dan mengoperasikannya, jadi untuk tidak merugikan faktor pengalaman dan kemahiran juruterbang yang diperolehi sepanjang sewaan, maka meneruskan perolehan Gripen NG sebagai produk muktamad, adalah langkah paling terbaik dari segi memantapkan kesinambungan pengalaman juruterbang, krew teknikal dan kos operasi.

Namun seandainya opsi kedua dipilih, penulis rasakan kita agak membazir dari segi waktu untuk melatih semula juruterbang dan krew teknikal untuk persediaan menerima jenis pesawat baru yang berbeza, sedangkan juruterbang sudah mula serasi dengan pengetahuan dan selok belok mengemudikan pesawat Gripen. Faktor 'flying hours' ,pengalaman dan keserasian amat penting.

Sekiranya pilihan kedua dipilih, maka lebih baik jangan menyewa langsung, lebih baik menambah bilangan SU30MKM ataupun dapatkan sebuah pesawat AEWC, setidak tidaknya kita akan ada sebuah pesawat AEWC yang sebenar, untuk dioperasikan. 

GRIPEN NG
GRIPEN NG - gambaran imej konsep Gripen NG dengan keupayaan persenjataan canggih seperti 'stand- off missile', Meteor(BVRAAM)  dan bom panduan laser, serta pod.sensor.

GRIPEN NG
KOKPIT GRIPEN NG - antaramuka sistem avionik yang sungguh luas dan canggih, mungkin mempunyai keupayaan 'touch screen panel', penulis tak sempat untuk memperincikannya, namun pesawat RAFALE, sememangnya mempunyai keupayaan antaramuka 'touch screen panel, pada sistem avioniknya, kerana penulis sempat mengikuti penerangan mengenai pesawat tersebut semasa DSA2012 yang lalu. 


Secara peribadi penulis begitu teruja dengan RAFALE, dengan keupayaan sistem avionik dan sensornya, ditambah dengan kebolehannya untuk membawa AASM Hammer smart bomb, yang membolehkanya menghentam 8 sasaran dengan serentak sekaligus, bagi penulis RAFALE adalah sebuah pesawat yang mampu untuk membuat misi secara 'lone ranger', tanpa perlu pairing dengan lain pesawat bantuan. Namun sedikit masa lagi Super Gripen juga bakal mempunyai kemampuan sebegini.


Typhoon juga hebat, namun penulis agak risau dengan pilihan pesawat ini, keranan bimbangkan TUDM tidak mampu untuk membiayai kos operasi dan penyelenggaraannya dimasa hadapan. Bimbang kita mempunyai pesawat Typhoon yang canggih tetapi semuanya grounded kerana masalah kos pembiayaan SELENGGARA yang tinggi. Namun sekiranya kerajaan berminat untuk memilih pesawat ini, pastikan ToT yang dapat mengurangkan kos selenggaraan pesawat ini .

Sememangnya faktor jarak menjadikan Gripen kurang pilihan, namun jika dikaji dari sudut kekangan kewangan dan lahirnya Super Gripen, adalah berbaloi untuk dipertimbangkan dan pastinya kita perlu mempunyai lebih dari setakat 18 buah Gripen sahaja sekiranya kita memuktamadkan Gripen sebagai pilihan.namun Gripen masih berkeupayaan untuk 'evolve' dimasa hadapan dimana ketika itu Hornet dan F16 kemungkinan besar telah sampai tahap dimana ia tidak lagi berbaloi untuk diupgradekan.

Dimana akhirnya kita boleh meminimumkan hanya 2 atau 3 jenis pesawat kelompok serang sahaja dalam iventori TUDM

  • SU-30mkm  (diandaikan digantikan oleh PAK-FA)
  • Gripen E/F/Super Gripen
  • Hornet
  • Hawk 
 akan datang setelah kemasukan PAK-FA

  • PAK-FA
  • Super Gripen
  • ucav

Next Gen Air Force - sememangnya TUDM peka dengan perkembangan semasa teknologi pertahanan terkini, malah penulis pasti mereka arif tentang kelajuan perkembangan teknologi tersebut di masa hadapan, namun disebabkan kewangan pertahanan yang terhad, setidak-tidaknya TUDM perlu menghampirinya dengan mencari kaedah yang lain....antara pilihan terbaik yang ada masa kini, adalah dengan memuktamadkan Gripen NG sebagai noktah.


maldefender - hanya memberi sedikit pandangan untuk kebaikan TUDM.

0 Comments