HQ9 - Turki ke arah Membina Sistem Pertahanan Udara Indipenden

hq9 buatan China

HQ9 - adakah sistem pertahanan udara ini bakal menjadi pilihan Turki?

 Umum 

Turki secara amnya telah mula dikenali sebagai salah sebuah negara yang berjaya melakukan kerjasama pemindahan teknologi bagi produk pertahanan dengan negara luar seterusnya berjaya mengeksport pelbagai produk pertahanan ke luar negara, Dasar industri pertahanan Turki kini sedang melangkah ke arah tahap menguasai teknologi aero-angkasa. Seandainya usahama sama dengan CPMIEC menjadi kenyataan, ia merupakan antara langkah perkembangan seterusnya Turki untuk menjadi antara negara yang mampu untuk mencapai sasaran, berdikari di dalam industri aero angkasanya menjelang 2030.

Sasaran Pembangunan Industri Pertahanan Turki 

Pemilihan HQ9/FD2000 sistem pertahanan peluru berpandu permukaan ke udara jarak jauh sekiranya menjadi kenyataan bakal mencakupi antara sasarannya untuk berdikari dalam membina sistem tersebut secara menyeluruh,  malah dapat mengawal sistem tersebut secara total.

"We had asked for joint production and a technology transfer," the Turkish minister said. "If other countries cannot guarantee us that, then we will turn to ones that can."- hurriyetdailynews
Hasrat ini walaubagaimanapun mendapat tentangan dari sekutunya iaitu NATO, yang bimbang sistem tersebut tidak berupaya untuk diintergrasikan bersama-sama rangkaian sistem bersepadu pertahanan udara NATO.

Kebimbangan akan berlaku kebocoran maklumat rahsia sistem pertahanan udara NATO kepada syarikat China juga merupakan faktor yang menyebabkan NATO membantah hasrat tersebut.

HQ9 SAM
HQ9/FD2000 - ujian penembakan dilakukan - foto kredit chinamil

Bidaan

Projek T-LORAMIDS telah lama tergantung keputusannya sehinggalah kini,  Turki pada awalnya telah mengeluarkan tender untuk memajukan aset pertahanan udaranya yang dipanggil T-LORAMIDS (Turkey - long-range air and missile defense systems) bagi membolehkannya membina dengan sendiri secara keseluruhan sistem tersebut dimana 4 syarikat pengeluar menyertai bidaan yang mencecah USD 4 bilion :

  •  S300  - Rosoboronexport dari Rusia 
  •  MBDA SAMP/T - Eurosam - Firma Peranchis dan Itali
  •  HQ9/FD2000 - CPMIEC - dari China
  •  Patriot - Raytheon, Hughes and RCA dari Amerika Syarikat
Namun HQ9 dikatakan telah berjaya memenangi tender tersebut, mungkin kerana kesedian CPMIEC (China Precision Machinery Import-Export Corp) untuk membantu Turki dalam pembangunan bersama dan juga peralihan teknologi yang mencakupi kehendaknya selain dari harganya lebih murah. Pada pandangan penulis, pastinya kesanggupan China untuk memindahkan teknologi 'Know How' merupakan intipati utama, China memperolehi tender tersebut, dimana antara faktor - faktor lain seperti strategik geo-politik negara tersebut.dan kemelut Timur Tengah yang memerlukan Turki memacu projek ini secepat mungkin.

Pemindahan Teknologi
Syarikat industri pertahanan Turki dilihat telah mampu membina peluru berpandunya sendiri, demi untuk menigkatkan lagi pengetahuan teknologi yang masih ada beberapa kekangan ke arah memacu hasrat mencapai kemampuan untuk membina roket yang berjarak ribuan kilometer, namun dengan hanya mencapai tahap 'co-developement' diantara syarikat luar yang bersedia untuk itu, akan menjadikan impian ini menjadi kenyataan, disamping lain-lain aspek teknologi berkaitan yang mungkin diperlukan seperti radar,sistem panduan,perisisan dan pastinya teknologi rekabentuk enjin roket.

Keupayaan Industri Pertahanan Turki

Jika dilihat beberapa produk buatan Turki telah menjadi pilihan ATM kita, antaranya seperti Adnan ACV 300 dan AV8 Pars dimana usahasama bersama syarikat tempatan Malaysia DEFTECH, telah membuahkan hasil dimana syarikat tempatan kini telah mula dilimpahi dengan teknologi untuk memajukan sendiri  pembuatan aset pertahanan bagi kegunaan tempatan, ini juga dapat membuka peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan dalam bidang tersebut, malah negara akan dapat  melahirkan lebih ramai golongan profesional di bidang kejuruteraan berkaitan.

Antara produk pertahanan yg sedang dimajukan oleh Turki terkini, adalah pesawat helikopter gempur ATAK T-129 - yang pada asalnya adalah buatan Agusta-Westland dari jenis A-129 Mangusta, pembangunan pembuatan helikopter ini secara lokal di Turki bakal melibatkan beberapa item teknologi tempatan yang dimuatkan pada pesawat tersebut, antara nya termasuk sistem avionikdan juga peluru berpandu anti kereta kebal  UMTAS buatan Turki, keluaran syarikat tempatan ROKETSAN.

ATAK T-129 buatan Turki
ATAK T-129 - hasil pemindahan teknologi dengan Agusta Westland , dimana beberapa komponan avionik buatan tempatan dan misil diintergrasikan pada pesawat ini.

Turki tidak hanya melihat untuk memproduksikan pesawat malah, mereka juga turut membuat amunisi bagi keperluan sendiri. Pesawat tempur ini sedang dalam peringkat ujian, dimana ujian penerbangan telah Berjaya dilakukan.



Pengembangan Teknologi Roket

Semenjak pertengahan 80an lagi Turki berusaha untuk memproduksikan roket dan peluru berpandu,
dimana ia berjaya membangunkan roket artileri T-107  dan T122 Sakarya yang mendapat bantuan dari Yugoslavia.

Turki ketika itu juga mencuba untuk mendapat persetujuan dari Amerika Syarikat untuk menjalankan usahasama bagi produksi sistem MLRS dan  misil balistik taktikal  yang berkemampuan sehingga 130km namun gagal.

Akhirnya Turki beralih kepada China dan berjaya membina T-300 Kasirga, roket artileri berukuran 302 mm berjarak 100km dan J-600T Yildirim, peluru berpandu balistik berjarak 150 km. Kedua-dua sistem tersebut kini aktif beroperasi dalam angkatan tenteranya. Turki juga masih di tahap pengujian peluru berpandu balistik berjarak 900km dan belum mencapai kemampuan 2500km.

FD2000 MISSILE
FD2000 - model rekabentuk misil - berupaya untuk memusnahkan pesawat dan juga peluru berpandu balistik

Tentangan dan masalah sekatan CPMIEC oleh NATO 

Namun HQ9 buatan China pastinya bakal menjadi tentangan terutamanya dari US yang sejak dari dahulu telah menyenaraihitamkan syarikat CPMIEC, dimana ahlinya juga tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang urusniaga berkaitan produk pertahanan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Sesuatu yang perlu Turki selesaikan buat masa ini.

Pegawai-pegawai NATO memberi amaran kepada Turki, Jika ia membeli sistem pertahanan udara Cina atau Rusia, Ankara akan beroperasi tanpa mendapat bantuan perisikan perikatan Barat berkaitan peluru berpandu balistik yang memasuki wilayah Turki, melalui jaringan sistem amaran awal NATO.

Krisis Timur Tengah

Kegusaran Turki terhadap sistem Patriot yang dikatakan tidak efektif bagi menghalang serangan peluru berpandu jarak dekat, juga menjadi antara punca, ditambah dengan kenyataan Iran yang mengatakan bahawa ia mampu menyasarkan setiap kedudukan bateri Patriot di wilayah Turki menjadikan Turki mungkin memikirkan perlunya ada sistem pertahanan udaranya sendiri yang dapat beroperasi secara 'standalone' bagi mengekang ancaman tersebut.

Keupayaan misil balistik Iran yang mampu mencecah 2500km, mungkin antara senario yang mendambakan Turki untuk mempertingkatkan teknologi 'Know How',  untuk membolehkannya memperoduksikan balistik misil yang mampu menyamai jarak misil yang dipunyai oleh Iran.

Kesimpulan 

Walaupun Turki dilihat sangat  tegas dalam keinginannya untuk memperolehi HQ9, pemilihan ini juga penulis rasakan tidak memperlihatkan bahawa Turki  mahu beralih arah dari NATO, cuma rasanya faktor geo politik dan krisis dalaman Syiria dan situasi Timur Tengah yang tidak menentu membuatkan Turki merasakan perlu mempunyai aset pertahanan yang indipenden dan bersifat deteren selain dari sokongan NATO bagi mempertahankan negaranya dari ancaman luar.

Secara keseluruhannya, Dua kata kunci iaitu murah dan indipenden memainkan peranan dalam pemilihan sistem misil HQ9 , CPMIEC untuk di jadikan produk program T-LORAMIDS

Sejauh mana projek usahasama HQ9 menjadi kenyataan, tidak dapat dipastikan, namun sekiranya gagal, adakah SAMP/T  ASTER30 bakal terpilih.

Sekiranya ia dapat direalisasikan maka akan bertambahlah satu lagi produk eksport Turki
yang bakal menjanakan pendapatan negara dan juga bakal memuktamadkan impian sasaran ke arah teknologi aero angkasa yang saling melengkapi diantara keperluan domestik, pertahanan,  dan keinginan
untuk berdikari.


Posted by maldefender on 6:51 AM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry
lima2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...