DSA2012-SSG553
ATFLIR - pada pesawat F/A-18

Sejajar dengan program 'midlife upgrade' pesawat  Hornet TUDM, TUDM bakal menerima ATFLIR termaju dengan keupayaan sensor yang sama digunakan oleh pesawat Hornet tentera laut Amerika, perolehan yang telah diluluskan dibawah program FMS (Foreign Military Sale ) Amerika Syarikat ini, dapat meningkatkan lagi keupayaan pesawat Hornet TUDM, sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

Perolehan ini juga bakal mempermudahkan dari segi 'interoperability' diantara pesawat US dan juga TUDM pada masa akan datang, terutama dalam latihan bersama TUDM dengan pasukan udara luar negara, peningkatan ini juga membolehkan juruterbang dan kru dapat menambahkan lagi pengetahuan dan skil mereka dimasa hadapan. Sebanyak 6 buah pod AN/ASQ-228 ATFLIR buatan Raytheon diperolehi,  bakal  melengkapkan sepenuhnya kemampuan pesawat Hornet F/A-18D TUDM untuk membawa persenjataan  'standoff' dan juga AMRAAM C7.


Secara ringkas berkenaan pod ATFLIR :

ATFLIR (Advanced Targeting Foward Looking Infrared) termaju buatan Raytheon mengintegrasikan EO termaju dan sensor IR. ATFLIR boleh mencari dan menetapkan sasaran siang atau malam di antara atau melebihi 40 batu nautika pada altitud melebihi 50,000 kaki.. Sistem termaju ATFLIR ini juga membolehkan perkongsian maklumat berkaitan kawasan sasaran dan juga 'sasaran, maklumat dapat  dikongsi bersama dengan lain-lain pesawat dan lain-lain aset yang terangkum dalam rangkaian jaringan komunikasi peperangan. Maklumat lanjut berkaitan ATFLIR
Namun jangan disalahertikan, pakej ini adalah termasuk dalam proses peningkatan jangkahayat pesawat Hornet TUDM, ianya adalah prosedur biasa terhadap pesawat pejuang bila telah sampai tahap 'midlifeupgrade', untuk membolehkan pesawat ini terus beroperasi melepasi tahun 2020.

Kesimpulan
Perisian os komputer yg kita gunakan setiap hari juga akan diupdate dari masa ke semasa sekiranya kita melayari internet, ini bagi membolehkan perisian baru atau aplikasi baru dapat digunakan pada komputer kita, fikir-fikirkan 

0 Comments