RSS Swordsman - foto sing mindef
Kapal selam kelas Archer, RSS Swordsman, milik Angkatan Laut Republik Singapura(RSN), tiba di Pangkalan Tentera Laut Changi (CNB) dari Sweden pada 31 Disember 2012. Panglima Tentera Laut, Laksamana Pertama Ng Chee Peng, dan lain-lain pegawai kanan tentera laut hadir di CNB untuk menyaksikan kepulangan kapal selam tersebut.

Dilancarkan di Karlskrona, Sweden, pada 20 Oktober 2010, RSS Swordsman adalah salah satu daripada dua kapal selam bekas Tentera Laut Diraja Sweden dari kelas Västergötland yang telah diperolehi pada tahun 2005, sama seperti kapal selam RSS Archer.

RSS Swordsman telah menjalani proses naik taraf, diubahsuai dan 'tropicalised' untuk memastikan kesesuaian untuk beroperasi dalam keadaan tempatan. Krew RSS Swordsman juga telah menjalani latihan
intensif di Sweden sejak 2008 untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk mengendali dan menyelenggara kapal selam tersebut.

RSS Swordsman akan menyertai 171 Skuadron, di bawah Perintah Armada (RSN),proses naiktaraf ini dijangka dapat meningkatkan lagi keupayaan tentera laut Singapura dalam menjaga wilayah mereka.

ulasan penulis :

Pastinya setiap kapal selam buatan luar negara, akan diuji sebelum diserahkan kepada penggunanya, namun beberapa aspek teknikal yang berkaitan dengan kesesuaian pengoperasiannya dilaut tempatan, pasti akan menjadi antara faktor keutamaan yang diambil kira, mungkin bagi Singapura aspek ini telahpun mereka perhalusi memandangkan mereka telah lama mengoperasikan kapal selam, namun bagi kita buat kali pertama memiliki kapal selam dahulu, ada yang menjadikan bahan gelak ketawa, mengatakan kapal tak boleh selam, namun  jika dilihat dari sudut teknikal, perkara tersebut sebenarnya merupakan antara suatu proses akhir pengujian tahap kesesuaian kapal selam untuk beroperasi dilaut tempatan, pastinya ketepatan dari segi aspek tersebut hanya dapat diperhalusi setelah ianya dapat diuji dengan beroperasi dilaut tempatan, namun agak hairan apabila kita begitu mudah terpercaya dengan cakap-cakap yang berkepentingan peribadi.


0 Comments