NEXTER CAESAR
NEXTER CAESAR - dari dahulu hngga kini, tetap setia hadir pada DSA2012, Tentera Darat pernah membuat ujinilai artileri ini - photo by apaajanews

MalaysiaDefender - minggu ini penulis membuat serba sedikit entry bekenaan pasukan meriam di dalam angkatan tentera, penerangan secara serba ringkas supaya anda dapat memahami mengenainya, pasukan artileri atau meriam  adalah pasukan yang dilengkapi dengan meriam sebagai support untuk memusnahkan kedudukan musuh...bagi memudahkan pasukan infantri menyerang dan menawan sesuatu lokasi dimana musuh mendudukinya.

Namun di zaman yang serba moden ini..konsep artileri mula di kaji semula, artileri kini tidak seperti dahulu lagi yang kebanyakannya berkedudukan secara statik, kini artileri mula di cipta untuk membolehkanya bergerak dengan pantas mengubah kedudukannya setelah menembak, kebolehupayaan bergerak dengan pantas setelah menembak sasaran adalah sangat penting..untuk menyelamatkan aset-aset artileri dari menjadi sasaran.


Keupayaan untuk mengubah haluan dalam masa yang singkat ini, amat penting demi menyelamatkan nyawa dan juga aset artileri tersebut dari menjadi sasaran tembakan balik oleh musuh yang berjaya mengesan kedudukan tembakan yang telah dilakukan.

Sekiranya tiada keupayaan secara mobility untuk mengubah haluan dengan pantas bermakna...pasukan artileri tersebut bakal mengahadapi kemusnahan aset dan juga nyawa.

Antara sistem mengesan kedudukan artileri, contohnya seperti berikut : ARTHUR, sistem radarnya berkeupayaan untuk mengesan lokasi tembakan meriam musuh dan kemudiannya keududukan musuh tersebut bakal  menjadi sasaran tembakan.




Antara artilery bergerak yang terkenal masa kini adalah NEXTER CAESAR, 'shoot and scoot' hanya mengambil masa lebih kurang 30saat untuk melakukan tembakan pertama dan masa keseluruhan diambil dari mula tiba ke lokasi tembakan, membuat tembakan dan bergerak semula ke lokasi lain dengan dalam hanya lebih kurang 1 minit 20 saat. Sudah tentunya sistem artilery ini dapat digunakan dengan pantas hasil dari gabungan sistem  tembakan automasi yang  efisyen , jika dibandingkan dengan sistem artilery yang ditarik menggunakan trak, sudah tentu masa yang diambil untuk berpindah akan mengambil masa lebih lama...ini sudah tentu akan membahayakan pasukan artileri dan juga asetnya. 


3 Comments

  1. info yang bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Hmm...Caesar pernah diujicoba disini tatapi masih belum berhasil memilikinya.
    Unit artileri bergerak memang diperlukan terutama untuk kita menghantar RDF ke kawasan operasi.Dgn ketibaan A400 M nanti unit artileri bergerak ini mampu diatur gerak dgn kadar segera ke kawasan yg meruncing.

    Kita perlu memilih type yg sesuai utk unit ini dan sy rasa pembelian antara 24 - 36 unit artileri bergerak amat diperlukan oleh TD.Jiran tetangga kita Thailand yg lebih advance memiliki aset Caesar diikuti dgn Indonesia yg sedikit masa lagi akan juga bakal memiliki unit Caesar mereka.

    Byk pilihan boleh dibuat dipasaran masa kini spt G6/Archer/Caesar/Samsung Techwin dan yg lain2 menanti peluang utk menjual produk mereka.
    Diharap impian utk menyerapkan unit artileri bergerak dlam TD akan berlaku dan ini akan menjadi lebih berbisa lebih2 lagi jika unit bergerak tadi digandingkan dgn unit MLRS Astros 2 kita.Musuh kita bukan sahaja akan berfikir 2 kali tetapi 3 x sebelum berhasrat utk menceroboh tanah air kita yg tercinta ini.

    ReplyDelete
  3. Bnyk pilihan ag kn.german panzer ph2000..sweden archer mobile artilery.samsung pon de kuar artilery system..

    ReplyDelete