contoh kapal LCS buatan Amerika Syarikat.

Sejak nama ini digunapakai, pelbagai telahan yang dibuat, kerana kebanyakannya menganggap ia adalah produk kapal baru yang bakal di bina untuk TLDM,  dan dek kerana salah faham dari segi konsep dan teknikalnya, maka input ini telah digunapakai pula untuk tujuan politik sesetengah pihak.

Malangnya mereka lupa untuk membuat sedikit penelitian tentang istilah ini, sepatutnya difahami dari segi konsep bukannya suatu objek produk baru, maka tak hairanlah ada terdengar orang berkata, membazir, begitulah keadaannya apabila kita terlalu cepat meluahkan kata-kata tanpa duduk sejenak berfikir.

LCS ataupun  ( Littoral Combat Ship) adalah sebuah KONSEP kapal perang baru yang diperkenalkan untuk menjimatkan kos dan mampu untuk bergerak ke mana mana cetek atau dalam dan mampu untuk dipelbagaikan operasinya berdasarkan situasi semasa

Sebuah kapal yang mampu dikonfigurasikan untuk memenuhi pelbagai tugas dan operasi, antaranya seperti contoh 'fitted but no with' dimana konsep 'plug and play' persenjataannya boleh ditukar ganti mengikut keperluan tugas, ianya sebuah konsep modular antaranya seperti berikut : 
  • anti kapal selam
  • risikan
  • pengawasan
  • anti permukaan
  • periuk api
  • operasi khas
  • logistik
Kepelbgaian tugasan ini akan digabungkan dengan lain-lain mekanisme, seperti helikopter ASW, UAV dan lain-lain peralatan. Konsep ini adalah bertujuan untuk membina kapal perang yang lebh kecil bagi menjimatkan kos, di samping keupayaannya untuk beroperasi samada di laut cetek mahupun dalam.

Maka konsep inilah yang dikaji oleh TLDM untuk diadaptasikan dalam pembinaan kapal-kapal baru mereka. Kesimpulannya ia adalah dari segi konsep bukannya sebuah objek produk baru.

Bagi memenuhi keperluan inilah, maka kapal lcs ini dibina, dimana ianya akan dapat mengurangkan kos dan amat efektif kerana kepelbagaian operasi yang boleh dilaksanakan. Jika dibandingkan dengan konsep terdahulu, contohnya

sekiranya armada kapal perang bergerak ke lokasi peperangan, berapa jenis kapal akan mengikuti bersama

- mrs ship
- anti mine ship
- frigate atau corvette
- FAC

Setelah konsep lcs diperkenalkan, LCS dapat mengurangkan kekangan aset -aset kapal yang ada bagi memenuhi keperluan sesuatu operasi dan penggunaannya adalah lebih kos efektif.


Dahulu sebuah jet pejuang hanya boleh melakukan satu jenis tugas, tetapi setelah konsep 'multirole' diadaptasikan maka wujudlah jet pejuang multirole (pelbagai tugas dalam 1), seperti FA-18D Hornet TUDM.

0 Comments