Sebelum ini penulis agak jarang menumpukan  tentang perkembangan pertahanan pasukan luar negara, kerana lebih menumpukan berita tentang perkembanagan terkini sekitar asean, namun tak salah kiranya penulis menambahkan lagi pengetahuan am berkaitan pertahanan negara dari China.

Sejak akhir ini China begitu pesat memodenkan pertahanan mereka terutamanya dalam mempertingkatkan kemampuan teknologi mereka sendiri, buat kali pertamanya kali ini, penulis akan mengisahkan tentang kapal pemusnah tentera laut china yang dibuat sendiri dengan  keupayaan untuk mengesan pesawat 'stealth' atau halimunan

type 052c Destroyer
Kapal Pemusnah type 052c tentera laut China - photo SINO DEFENCE

spesifikasi

Displacement: 7,000 tons
Length: 155 m
Beam: 17 m
Draught: 6.1 m
Propulsion: CODOG
57,000 shp
Speed: 30 knots

Ianya mula dibina pada tahun 2002 dan mula beroperasi dalam tahun 2004, 2 buah kapal versi ini telah dibina iaitu Lnazhou 170 dan haioku 171 yang ditempatkan dalam south fleet menyertai kapal pemusnah type 052b yang terdahulu dibina iaitu 168 dan 169.

sebanyak 6 buah kapal versi type 052c telah dibina

Kapal pemusnah ini dipersenjatakan dengan peluru berpandu cq9 yang mampu menjangkau sasaran sejauh 200km, sistem radar kapal ini menggunakan jenis aesa plana array dengan meriam utama 100mm, kapal pemusnah ini diperlengkapkan dengan kemampuan untuk menghadapi peperangan permukaan bawah laut dan juga sebagai perisai pertahanan udara yang ampuh.

Kapal ini dijangka mampu untuk memberi perlinduangan udara bergerak bagi armada didalam kelompoknya dan juga mampu menjadi sebagai pertahan undara jarak jauh yang maqmpu memberi perlindungan kepada daratan china. layer pertama

VHS pemasangan radar ini membolehkan kapal ini dapat mengesan kehadiran pesawat stealth pada jarak 300km.

Secara khususnya kapal pemusnah ini bakal menjadi 'bodyguard' kepada kapal induk China pada masa akan datang.

0 Comments