PELANCARAN PAMERAN LIMA'11
LIMA 2011 - merupakan pameran aero angkasa pertahanan yang paling mendapat perhatian dari para pempamer antarabangsa di Asia Tenggara photo: kredit NST
Pameran LIMA'11 telahpun dirasmikan, bagi yang berkesempatan untuk melawatnya bolehlah mengunjungi pameran yang hanya diadakan 2 tahun sekali ini di pulau Langkawi Kedah. Waktu lawatan untuk orang awam bermula pada 9-10 Disember 2011,bermula jam 10am-5pm, tiket hanya berharga RM 10.00 sahaja.
Penulis tidak berkesempatan untuk kesana pada pameran LIMA kali ini, agak mengecewakan walaupun hati begitu teruja untuk ke sana. Pada pameran inilah kebiasaannya kerajaan akan mengumumkan pembelian aset aset pertahan untuk tentera Malaysia, namun dikhabarkan tidak pada LIMA kali ini, tiada sebarang pengunguman pembelian bagi peralatan pertahanan negara yang di dalam kategori MAJOR.
EC725 Cougar - gambar helikopter CSAR batch pertama TUDM dipertontonkan melalui video sempena LIMA11.photo kredit eurocopter
Ramai yang masih menunggu kalau-kalau ada pengunguman rasmi bagi pembelian pesawat pejuang MRCA, kapal TLDM, kateggori LCS dan juga MRSS, tetapi apa yang telah pasti 12 pesawat helikopter CSAR TUDM bakal pulang pada 2012-2014 nanti, dimana pesawat pertama dengan marking lambang TUDM yang telah disiapkan ini bakal diuji terbang dalam bulan ini. Dengan adanya pesawat CSAR sebenar ini bakal mempermudah dan mempercepatkan lagi TUDM untuk tiba ke lokasi operasi menyelamat, disamping membolehkan TUDM mengesan dengan pantas.
Gowind Combat Class/200 - adakah ini model kapal TLDM yang bakal diperkenalkan bagi menggantikan aset-aset usang TLDM sejajar dengan perkembangan teknologi semasa dan akan datang, atau ada rekabentuk hasil tempatan, sama-sama kita tunggu perkembangannya.
Kehangatan pertunjukan udara LIMA11 kali ini amat terasa bahangnya, memandangkan pesawat pejuang dari 3 negara barat bakal berusaha keras menonjolkan kemampuan pesawat masing masing, diantaranya FA18 E/F Super Hornet, Euro Fighter Typhoon dan Rafale, yang mana satu bakal terpilih mungkin hanya diketahui pada LIMA2013,
Sekadar pendapat penulis, sesuai jika ditambah 18buah lagi SU30MKM(untuk mengelakkan dari berlaku work horse, pada SU30mkm sedia ada), FA18D diganti dengan FA18E/F(sekiranya dapat full package), menerima EF2000 juga agak bagus berdasarkan apa yang telah di tawarkan, memandangkan pesawat ini bakal ditingkatkan kepada type tranche3, ini bermakna ada perkembangan dari segi kesinambungan teknologinya., seterusnya jadikan EF2000 sebagai pesawat pejuang utama dalam iventori TUDM dan perbanyakkan pembuatan komponen EF2000 di dalam negara.
Lupakan tentang pesawat generasi ke 5, seperti F35, kerana ianya masih jauh dari kemampuan negara untuk memilikinya
Setelah pesawat MRCA diperolehi beserta helikopter CSAR, rasanya chapter pertama tersebut bakal penulis tutup buku, buku baru bakal dibuka dengan memulakan entry entry baru berkaitan perolehan lain-lain aset TUDM yang belum diperolehi , antaranya seperti perolehan pesawat AEW dan helikopter tempur.
0 Comments