MUZIUM TUDM SG BESI
Cockpit MB-339AM TUDM - ..boleh ke jadi pilot ni...yang penting belajar rajin...hati kena kering skit la...dan cukup inci

published date : 12 Feb 2012
Mungkin yang tinggal di Kuala Lumpur, menganggap lawatan ke MUZIUM TUDM Sg Besi Kuala Lumpur, sebagai suatu perkara yang biasa je, maklumlah mungkin dah pernah pergi dan selalu pergi.

Namun bagi yang pernah pergi mungkin dah biasa dan tak teruja lagi, tujuan penulis sebenarnya adalah untuk memaparkan secara agak detail tentang apa yang ada dan boleh anda lawati, apabila datang ke muzium ini, terutamanya bagi pelajar-pelajar sekolah rendah yang berada di lain-lain negeri, pastinya masih ada yang tak pernah melawat ke sini, jadi dengan  melebihkan foto-foto yang diambil ini, mereka akan dapat melihatnya...dan bolehlah mengajak cikgu sekolah buat rombongan lawatan ke Kuala Lumpur dan memasukkan lawatan ke muzium TUDM ini sebagai salah satu acara lawatan....pelbagai pameran pesawat lama TUDM boleh dinaiki, betul tak adik-adik.

Kanak-kanak mempunyai impian dan cita-cita, mungkin ada yang bercita-cita nak jadi pilot bila besar, semoga foto-foto ini dapat menambahkan lagi minat adik adik sekalian..apa yang pentng belajar kena rajin, skor markah tinggi-tinggi...insyallah akan berjaya.

melawat muzium tudm
pelawat - mencuba untuk masuk kedalam pesawat  Aermachi  MB-339AM TUDM

Aermachi MB339AM TUDM
Aermachi MB339AM TUDM - merupakan koleksi terbaru muzium TUDM

A4-PTM SKYHAWK TUDM
A4-PTM SKYHAWK TUDM - jenis pesawat pejuang pertama TUDM yang dilengkapi refueling probe

HANGAR MUZIUM_TUDM SUNGAI BESI KL
HANGAR_MUZIUM_TUDM - kawasan hangar muzium TUDM KL

MUZIUM TUDM
COCKPIT MB-339AM TUDM - seronok habis dapat masuk dalam cockpit


Alouette IIIB TUDM - buatan Peranchis, helikopter gunship TUDM yang banyak berjasa dalam melawan insurgency, mula diperkenalkan pada Ogos 1963.


HELIPKOPTER TUDM - barisan jenis jenis helikopter TUDM yang banyak berjasa melatih juruterbang


HELIPKOPTER WESTLAND WASP - Helikopter ini digunakan oleh TLDM, sebelum diganti dengan SUPER LYNX, berperanan sebagai pesawat anti kapal selam

hangar muzium tudm
Bahagian dalam hangar muzium TUDM - antara jenis pesawat di dalam hangar muzium

hangar muzium tudm
Backdrop muzium TUDM - dulu tak ada macam ni...sekarang backdrop cantik dihias dengan informasi pesawat TUDM.

hangar muzium tudm
hangar muzium tudm - lagi koleksi pesawat lama TUDM di dalam hangar muzium

hangar muzium tudm
COCKPIT - bukan senang nak duduk dalam cockpit jet sebenar

clear for take off
clear for take off - peace no war, bro

reading log book
reading log book - and check sistem sebelum terbang...he he

MB-3399AM cockpit
MB-339AM cockpit - ini yang lama cockpit MB-339CM yang baru lebih canggih

F5-E TUDM
F5-E TUDM - pesawat ini bakal menamatkan perkhidmatan sepenuhnya apabila TUDM memiliki pesawat AEW, jenis jet pejuang supersonik yang pertama dalam iventori TUDM. 

Refuel probe
Refuel probe - digunakan semasa mengisi minyak di udara, jet pejuang tak pakai diesel atau petrol yop

melawat muzium tudm
Galeria TUDM - 2 buah bangunan galeria sejarah TUDM untuk dilawati

galeria tudm
Galeria tudm - galeri sejarah TUDM, pameran bergambar disertakan dengan maklumat bertulis

galeria tudm
Galeri sejarah TUDM - pameran bergambar disertakan dengan maklumat bertulis

Akhir kata semoga entry ini dapat menjadi rujukan dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukannya, kesemu foto diambil dengan menggunakan kamera handphone samsung mini galaxy.

MUZIUM TUDM | TUDM MUZIUM | TUDM SG BESI | ROYAL MALAYSIA AIR FORCE MUSEUM |RMAF MB-339AM | MB-339CM |

0 Comments