aster30 sam Singapura
eurosam - misil Aster 30 darat ke udara bakal saling melengkapi sistem sam spider yang baru di perolehi oleh Singapura

Siingapura bakal memperolehi sistem misil pertahanan darat ke udara jarak menengah iaitu Eurosam Aster 30 bagi menggantikan sistem Raytheon I-HAWK (MIM-23B). Menurut Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen, dengan kehadiran sistem terbaru ini, ianya akan saling melengkapi sistem pertahanan yang telah diperolehi sebelum ini, dengan itu jaringan berlapis pertahanan udara Singapura akan berfungsi sepenuhnya. Jaringan ini berdasarkan pada sistem spider dan juga pesawat  Gulfstream-550 Airborne Early Warning yang dioperasikan ketika ini.

Singapura bakal menjadi pengguna ke 3 di dunia yang bakal menggunakan sistem ini setelah Peranchis dan Itali, Singapura juga telah lama menggunakan peluru berpandu aster 15, yang dilengkapi pada kapal perang  formidable tentera laut mereka.



Sistem Aster 30 dengan pelancar menegak, merupakan peluru berpandu yang mampu berfungsi dalam pelbagai cuaca, mampu untuk memusnahkan ancaman lain-lain peluru berpandu tahap supersonik mahupun subsonik. Ia juga mampu untuk memusnahkan pesawat udara, seperti helikopter, uav dan juga peluru berpandu balistik jarak pendek.

Versi Aster 30 Block 1 mampu melindungi dari ancaman peluru berpandu balistik sehingga mencecah jarak 600km, manakala Aster Block 1 New Technology (NT) boleh mencapai jarak 1000km.Versi block2 pula bakal mencapai jarak 3000km yang bakal dikeluarkan menjelang tahun 2020.

Memandangkan versi blok 1 telah mula dikeluarkan pastinya Singapura bakal memperolehi setidak tidaknya versi ini ke dalam iventori pertahanan udara negara mereka.


Kesimpulannya, kita bila lagi, negara kita masih belum berupaya untuk memperlengkapkan GBAD tahap menengah, dek kerana kekangan belanjawan pertahanan negara.

0 Comments