ALPHORN-DSA2012
ALPHORN - sejenis alat muzik tradisional yang di bawa khas dari negara Swiss

Pameran DSA 2012 telahpun tamat, terlalu banyak pameran yang tak sempat di lawat, kebanyakkannya hanya sempat singgah sambil lalu sahaja.

Namun banyak lagi entry yang bakal  penulis muatkan dari masa ke semasa, demo pasukan elit membuat operasi menyelamat juga dapat penulis lihat, tapi rakaman yang dibuat menggunakan handphone...agak mengecewakan...jadi kalau nak dimasukkan yang menontonnya nanti pasti merasa tak puas....jadi penulis tak masukkannya di sini. Beberapa artikel lain seperti raifal SSG553, mini UAS dari syarikat SCS, dan sesi taklimat video tentang kemampuan pesawat pejuang RAFALE yang di buat oleh Philippe Vancamberg selaku Rafale Technical Manager.

Draf-draf entry telahpun dibuat, cuma mengambil masa sedikit untuk meneliti perkara-perkara teknikal dan ayat untuk memastikan tak salah tulis..harap bersabar.

Sejak beberapa hari berlangsungnya pameran ini, penulis kerap kali terdengar bunyi muzik ala ala bagpipe, namun pada hari terakhir baru penulis dapat pastikan, apakah yang berbunyi sebenarnya, bunyinya cukup kuat gemanya kalau berada di level bawahpun boleh kedengaran.

Sesuatu yang unik di bawa khas dari negara switzerland, berbentuk seperti trumpet namun saiznya besar dan memanjang sampai ke lantai, yang dipanggil 'alphorn'.

0 Comments