DSA2012-SSG553
DSA2012-SSG553 - rekabentuk dan sistem operasinya menjadikan ia pilihan utama kebanyakan pasukan elit



DSA2012 - Ruang pameran SIG SAUER merupakan antara ruang pameran yang tak puts putus dikunjungi oleh para pelawat di pameran DSA2012, sehinggakan penulis beberapa kali terpaksa menangguhkan untuk bertanyakan kepada staff sig sauer yang berada di ruang pameran tersebut.

Akhirnya pada hari terakhir, penulis berpeluang mendapatkan info secara ringkas dan padat daripada mereka, itupun setelah berkampung agak lama di ruang tersebut, menantikan masa yang sesuai memandangkan banyak pelawat vip, terutamanya pegawai-pegawai tingggi dari pelbagai pasukan keselamatan berkunjung ke situ.

Setelah  keadaan agak lengang  dan sesuai penulis mula membuat liputan, terima kasih kepada staf di booth pameran yang sudi ditemu bual, terimakasih juga kepada Kapt.(B) Othmarani selaku pengarah Eksekutif syarikat Difservices Engineering Sdn Bhd, kerana sudi memberikan kerjasama.

Keterujaan penulis untuk menjadikan raifal SIG SG 553 ini sebagai salah satu entry, adalah kerana reputasinya yang dikatakan boleh befungsi tanpa masalah 'jam' atau rosak, sekiranya ianya tenggelam di dalam air, sudah pastinya situasi peperangan amat kritikal, tentera tidak selalunya bergerak diatas darat, namun dalam keadaan tertentu pastinya mereka terpaksa meredah air, sungai...yang sudah pastinya senjata raifal yang dibawa juga akan dimasuki air.

Setelah bertanyakan beberapa perkara apa yang penulis dapat rumuskan di sisni berkenaan kebaikan senjata raifal SIG SG 553 in adalah seperti berikut:
  • ianya lasak
  • masih boleh terus menembak, setelah ditengelami air( di mana kebanyakan raifal anda perlu terlebih dahulu mengambil masa beberapa ketika untuk menunggang muncung senjata ke bawah bagi mengeluarkan lebihan air terlebih dahulu sebelum...menembak)
  • Butt - bahagian belakang yang boleh dilipat, setelah dilipat ianya akan menjadi lebih pendek, menjadikannya mudah digerakkan dalam kawasan yang sempit. Pengguna akan merasakan lebih selamat ketika membawanya, terutamanya ketika membuat 'roping'
  • Mekanisma - berdasarkan 'piston driven' banyak memberi kelebihan pada raifal ini.
    • menjadikan bahagian dalamannya tidak cepat panas
    • bahagian  mekanime dalaman  lebih bersih, tidak mudah kotor. 
    • 2 faktor utama yang amat penting bagi perajurit ketika di waktu peperangan.
Penulis juga sempat mengambil peluang untuk memegang senjata SG 553 dan juga SG 516, yang jika dilihat mirip kepada bentuk M4, namun SG516 beza dari segi sistem operasinya, malah buttnya juga tidak sama dengan SG 553, dimana ianya boleh dipendekkan dengan menolak ke dalam sebanyak 4 tahap yang boleh kita pilih mengikut kesesuaian keadaan, manakala SG 553 buttnya perlu dilipat untuk memendekkannya.

    Antara pasukan keselamatan Malaysia yang terawal menggunakan raifal ini adalah pasukan PASKAU TUDM, diikuti oleh pasukan APMM.

    0 Comments