KRI KLEWANG LCS HALIMUNAN TNI-AL

KRI KLEWANG 625 TNI AL

KRI KLEWANG 625 TNI AL - dikategorkan sebagai kelompok kapal penyerang laju/dilengkapi peluru berpandu - FAC(M) - photo North Sea Boats

KRI KLEWANG FAC(M)TRIMARAN TNI(AL)
KRI KLEWANG 625 TNI AL - Rekabentuk konsep 'stealth' Trimaran  kategori FAC(M) yang pertama di Asia Tenggara - photo North Sea Boats

KRI KLEWANG 625 TNI AL
KRI KLEWANG 625 TNI AL - konsep rekabentuknya begitu mengujakan, pastinya menjadi kebanggaan Indonesia dan suatu tahap pencapaian  yang memberangsangkan bagi industri perkapalan Indonesia.


KRI KLEWANG 625 TNI AL
KRI KLEWANG 625 TNI AL - pandangan dari bahagian belakang kapal, yang boleh meluncurkan 11 m high speed 50 knot RIB untuk 'special ops'.




KRI Klewang 625 berhasil diluncurkan dari galangan kapal PT. Lundin Industry Invest. Kementerian Pertahanan memesan 4 kapal trimaran dengan harga per unit Rp 114 miliar

Kapal sepanjang 63 meter, berkelajuan sehingga 35knot ini, adalah kapal trimaran yang dianggap sebagai kapal tentera laut yang paling maju yang pernah dibina di Asia Tenggara. Ia menggabungkan gelombang hull menindik radikal bentuk untuk belayar lebih baik dan kestabilan, dan telah dibina dari bahan-bahan serat karbon komposit penuh, menggunakan proses vakum infusi dan damar vinylester. Kaedah ini menjadikan struktur binaannya lebih kuat dan kukuh. Penggunaan bahan komposit ini juga dikatakan dapat meminimakan kos operasi, dan penyelenggaraan kapal tersebut.

Semuanya bermula pada tahun 2009, apabila PT Lundin menandatangani satu kontrak untuk membina sebuah 
kapal perang  trimaran "stealth" untuk  TNI-AL (Indonesia Navy). Ianya adalah hasil daripada Penyelidikan intensif dan program Pembangunan yang dijalankan oleh PT Lundin Industry Invest  dan TNI-AL yang dimulakan pada 2007. Pembinaan dimulakan pada awal tahun 2010, tetapi disebabkan oleh reka bentuk canggih dan kerahsian teknologi pembinaannya, info tentang perkembangan projek tersebut tidak lagi diumumkan, sehinggakan ramai yang mengatakan ianya tidak akan menjadi kenyataan, sehinggalalah pada 31 ogos 2012 ianya dilancarkan secara umum. Impian John Lundin akhirnya menjadi kenyataan.


PERSENJATAAN

kapal penyerang laju 'stealth trimaran' ini diperlengkapkan dengan peluru berpandu anti kapal jenis C705 buatan cina yang dikatakan mirip pada exocet, kapal ini mampu untuk membawa sehingga 8 buah misail C705, namun demikian ia juga boleh dikonfigurasikan untuk lain-lain jenis misail seperti Exocet,RBS15 atau Penguin.

Jika dilihat pada konsep rekabentuknya, kapal ini juga boleh diperlengkapkan dengan meriam 'pertahanan udara' CIWS atau meriam utama berkaliber 40-57mm, namun pada hari pelancarannya tidak terlihat persenjtaannya pada permukaan kapal, kerana dikatakan ianya tersembunyi di bahagian dalam kapal, ini bermakna sistem persenjataan boleh dikeluarkan atau disembunyikan. antara salah satu ciri konsep rekabentuk 'sealth', kapal ini bakal diuji perkembangannya oleh TNI AL dan bakal beroperasi sepenuhnya menjelang 2013. Ianya juga dkatakan mempunyai dek bagi pendaratan sebuah helikopter, namun aspek ini belum dapat dipastikan kesahihannya buat masa ini.




GENERAL SPECIFICATION
Length Over All :  63.0   meter
Length of Waterline  :  61.0 meter
Beam Overall           : 16.0   meter
Water Draft              : 1.2 meter
Sprint Speed            : 30+ knots
Range                     : 2000+ nm
Fuel Capacity          : 50,000 litres
Main Engines          : 4 x MAN Marine Diesels

Sipnosis tentang PT Lundn

John Lundin membesar dengan bot, sejak bapanya Allan Lundin mengasaskan syarikat Swedeship yang dikendalikan antara lain Gotland limbungan dan Djupvik Shipyard di Sweden. Selepas krisis limbungan Sweden, dimana Swedeship merupakan syarikat bot terbesar milik persendirian di Sweden. John pertama kali datang ke Indonesia pada pertengahan 90-an untuk menyelidik peluang pengembangan syarikat. Malangnya, ayah John meninggal dunia akibat kanser pada tahun 1996 dan Swedeship telah dijual selepas beberapa tahun, namun impian untuk membuka sebuah syarikat limbungan kapal di Indonesia masih kekal.Selepas beberapa tahun pembuatan perabot kecil-kecilan, untuk menimba pengalaman budaya Indonesia, John bersama-sama dengan isterinya Lizza merasakan telah bersedia untuk melaksanakan impian tersebut dengan mengasaskan syarikat pembuatan bot North Sea Bot pada tahun 2003 sehingga sekarang, sebelum pelancaran kapal KRI KLEWANG ini, syarikat tersebut sudahpun terkenal dengan hasil produk rib bot x2k yang telah banyak mendapat permintaan dari luar negara, termasuk Malaysia dan Singapura.

x2k rigid inflatable boat
x2k rigid inflatable boat - antara produk keluaran  North Sea Boats - photo North Sea Boats

Posted by maldefender on 5:55 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry
lima2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...