Dua Buah Pesawat EC725 Pertama TUDM Tiba Di Malaysia

EC725 TUDM TIBA

2 PESAWAT EC725 - 2 buah pesawat telah tiba di pengkalan TUDM subang KL - photo: TUDM

SUBANG, 28 Nov 12 – Hari ini sejarah telah tercipta apabila dua buah pesawat baru EC725 yang bakal memasuki inventori TUDM tiba di Malaysia dengan menggunakan pesawat Antonov-124. Pesawat buatan firma Eurocopter dari Perancis ini telah diterbangkan dari Marignanc, Perancis dan mengambil masa lebih kurang 13 jam penerbangan sebelum tiba di Terminal Skypark, Subang tepat pada jam 2.20 petang tadi. Dua buah pesawat ini juga akan diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Malaysia dalam masa terdekat.

petikan berita: TUDM


Ulasan penulis:

Berdasarkan pada apa yang dilihat ia menampakkan ada ciri ciri kombinasi konfigurasi CSAR sepenuhnya, itulah yang diharapkan sebenarnya pada aset ini, memandangkan kita perlukan pesawat yang mampu menjalankan tugasan tersebut, bukan hanya untuk operasi ketenteraan malah untuk misi kemanusiaan dan bencana alam, teringat akan kisah tsunami di Indonesia, penerbangan helikoper terpaksa ditangguh atas sebab cuaca tidak mengizinkan dan boleh membahayakan penerbangan.  

Sepertimana artikel penulis yang lalu berkaitan EC725, perolehan aset ini telah penulis ikuti sejak dari dahulu lagi, yang membimbangkan penulis ketika itu, adalah tentang spesifikasi CSARnya. Bimbang kegagalan untuk memperolehi full spec CSAR, namun apa yang dilihat pada gambar secara kasar ianya menampakkan ciri- ciri full spec CSAR (Combat Search and Rescue), belum sepenuhnya dipasang atau versi SAR yang tersedia untuk addon konfigurasi CSAR pada bila-bila masa, itulah yang diharapkan.

Banyak halangannya pada permulaan proses perolehannya, antaranya telah dijadikan bahan hentaman poitik, namun kebanyakan hentaman tersebut tersalah untuk membezakan diantara EC725 spesisikasi biasa(transport)  dan CSAR. Kelihatan sama tapi tak serupa,  antara kategori pesawat yang dipertimbangkan antaranya adalah MERLIN/EH101, yang rasanya menjadi idaman utama TUDM, namun disebabkan oleh faktor kewangan, kita memilih EC725, yang terbaik dari segi faktor harga dan sistem sensornya.
 
Diatas keperluan mendesak, beserta isu perolehannya dijadikan bahan hentaman politik, yang mana pada pandangan penulis ketika itu boleh merencatkan perolehannya, penulis ketika itu ada mengeluarkan artikel sini tentang perolehannya. - NURI Terhempas dan Al Kisah Jimat Wang Rakyat

Kesimpulannya , perolehan aset TUDM hendaklah mengikut spesifikasi dan keperluan TUDM, penulis hanya mampu memberi sokongan dalam bentuk penulisan dan pandangan, apapun tahniah kepada  TUDM NexGen.

Posted by maldefender on 9:08 PM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry
lima2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...