Sepertimana dijangkakan ramai belia yang datang untuk memohon untuk menjadi anggota tentera semasa berlangsungnya  pameran raksasa ATM di dataran merdeka, pemilihan peringkat awal TD ini membolehkan segala maklumat dan dokumen serta aspek fizikal asas di teliti, seterusnya mereka yang terpilih akan dipanggil untuk pemilihan peringkat ke 2, di mana ujian jasmani dan fizikal bakal perajurit ini akan diuji sebelum terpilih untuk menjalani latihan perajurit muda di PUSASDA Port Dickson.

Tahniah kepada mereka yang berani untuk memikul tanggungjawab untuk mempertahankan negara tercinta, semoga anda semua berjaya.

Apa yang diharapkan acara ini dapat diteruskan sebagai acara wajib setiapkali pameran HUT ATM diadakan pada tahun yang berikutnya, kerana ia memudahkan belia untuk datang memohon kerjaya di dalam ATM, apatahlagi ianya pada hari cuti minggu.

PEMILIHAN PERINGKAT AWAL PERAJURIT MUDA TD
HUT ATM 2013 - apa-apapun kita ukur tinggi dulu

PEMILIHAN PERINGKAT AWAL PERAJURIT MUDA TD
HUT ATM 2013 - acara yang berlangsung di hari minggu memudahkan para belia untuk memohon

PEMILIHAN PERINGKAT AWAL PERAJURIT MUDA TD
HUT ATM 2013 - berbaris panjang sabar menunggu giliran

0 Comments